27 APRIL–3 MEI
YESAYA 56-57
Lagu 12 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Kita Gembira kerana Yehuwa ialah Tuhan Kita
(10 min.)
Patung berhala tidak dapat membantu penyembahnya (Yes 57:13; ip-2 269 ¶14-16)
Orang yang tidak mengenali Yehuwa tidak tenteram dan berpecah belah (Yes 57:20; w18.06 7 ¶16)
Orang jahat tiada kedamaian (Yes 57:21)
TANYALAH DIRI, “Apakah manfaat yang saya raih kerana memiliki hubungan akrab dengan Yehuwa?”
2. Permata Rohani
(10 min.)
Yes 57:15—Bagaimanakah kita dapat membantu “mereka yang remuk hati”? (w21.07 23 ¶11)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan
4. Mulakan Perbualan
(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Beritahu orang itu tentang sesuatu yang anda belajar semasa perjumpaan baru-baru ini. (lmd 2:4)
5. Jelaskan Kepercayaan Anda
(5 min.) Ceramah. lff 14:1-3—Tema: Bagaimanakah Tuhan Mahu Kita Menyembah-Nya? (th 16)
6. Jadikan Murid
Lagu 60
7. Terus Kongsi Kebenaran tentang Yehuwa
(15 min.) Perbincangan.
Manusia memerlukan Tuhan Yehuwa kerana Dia memberi kita bimbingan yang terbaik, tujuan hidup, dan harapan yang sejati. Namun, banyak orang tidak sedar manfaat yang mereka dapat raih daripada kebenaran. Jadi, mereka menolak mesej yang kita sampaikan. Meskipun demikian, kita tidak mahu tawar hati atau putus asa. Perhatikan beberapa sebab kita mahu terus bersemangat.—Pkh 11:6.
Kita mungkin jumpa orang baharu di kawasan penyebaran. Penghuni rumah yang tidak berminat mungkin berpindah, dan penghuni yang baharu mungkin sudi mendengar
Kita mungkin jumpa orang yang berbeza di rumah yang sama. Antara orang yang mungkin keluar termasuk ibu bapa yang lanjut usia, anak yang sekarang sudah dewasa, rakan sebilik yang baharu, atau tetamu mereka
Sikap orang mungkin berubah. (1Ti 1:13) Orang itu mungkin menunjukkan minat setelah mengalami tragedi atau melihat keadaan dunia yang semakin merosot
Ketabahan kita menunjukkan kasih kita kepada Yehuwa.—Lu 6:45; 1Yo 5:3
Mainkan VIDEO Yehuwa “Tidak Jauh daripada Kita.” Kemudian tanya hadirin:
Daripada video ini, apakah yang telah anda belajar tentang ketabahan dalam kerja penyebaran?