20-26 APRIL
YESAYA 54-55
Lagu 86 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Berapa Banyak Anda Sanggup Bayar?
(10 min.)
Yehuwa berjanji untuk mengajar anak-anak-Nya (Yes 54:13; w20.10 24 ¶15)
Untuk membeli kebenaran, kita mesti membayar dengan masa kita (Yes 55:1, 2; w18.11 4 ¶6-7)
Usaha diperlukan untuk mendengar ajaran Yehuwa tetapi semuanya berbaloi kerana kita akan memperoleh kehidupan (Yes 55:3; ws16.05 18 ¶12)
TANYALAH DIRI, “Bagaimanakah saya dapat melakukan pembelajaran peribadi dengan lebih baik?”
2. Permata Rohani
(10 min.)
Yes 55:6, 7—Bagaimanakah kita menunjukkan kita benar-benar bertaubat? (lff 57:2)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan
4. Mulakan Perbualan
(2 min.) RUMAH KE RUMAH. Sebutkan salah satu kebenaran daripada lampiran A brosur Kasihi Orang. (lmd 1:4)
5. Mulakan Perbualan
(2 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Sebutkan salah satu kebenaran daripada lampiran A brosur Kasihi Orang. (lmd 2:3)
6. Buat Kunjungan
(2 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Berikan kad jw.org kepada orang itu. (lmd 9:3)
7. Ceramah
(5 min.) w24.11 31 ¶1-6—Tema: Cadangan untuk Membuat Pembelajaran Secara Tetap. (th 14)
Lagu 45
8. Atasi Cabaran untuk Melakukan Pembelajaran Peribadi
(15 min.) Perbincangan.
Ada banyak cabaran yang dapat menghalang kita daripada melakukan pembelajaran peribadi secara tetap. Bayangkan anda ingin menggalakkan seorang rakan seiman untuk mengekalkan rutin pembelajaran peribadi dan pembacaan Bible hariannya. Tetapi dia menyebut cabaran-cabaran seperti yang tercatat di bawah. Bagi setiap cabaran itu, tuliskan sekurang-kurangnya satu cadangan yang praktikal, prinsip Bible, atau bahan rujukan yang dapat membantunya.
“Saya tidak pandai baca.”
“Saya tidak suka belajar.”
“Saya tidak tahu mahu mula dari mana atau berapa banyak mahu baca setiap hari.”
“Saya mahu belajar setiap minggu tapi ada begitu banyak bahan! Mana satu bahan saya patut guna?”
“Saya sangat sibuk. Susah mahu cari masa untuk belajar.”
“Saya susah fokus dan cepat lupa apa yang saya baca.”
Mainkan VIDEO Pembelajaran Peribadi yang Efektif. Kemudian tanya hadirin:
Apakah cadangan yang paling anda suka?