PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb26.05 4
  • 25-31 Mei

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 25-31 Mei
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2026
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2026
mwb26.05 4

25-31 MEI

YESAYA 65-66

Lagu 24 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Kita Sangat Menikmati Firdaus Rohani Kita!

(10 min.)

Umat Yehuwa dapat menikmati jamuan rohani yang melimpah di firdaus rohani (Yes 65:13; w24.04 21 ¶5)

Firdaus rohani membantu kita bertabah dan mengatasi situasi yang susah (Yes 65:​14-17; w24.04 22 ¶9-10)

Suasana yang damai dan selamat hanya dapat ditemui dalam kalangan umat Yehuwa (Yes 65:25; w24.04 23 ¶13)

Kolaj: Saudara saudari meraih manfaat daripada firdaus rohani. 1. Mereka berbual dengan gembira di Dewan Perjumpaan. 2. Mereka gembira melakukan kerja penyelenggaraan Dewan Perjumpaan bersama-sama. 3. Di penjara, seorang saudara yang lebih tua menggalakkan seorang saudara muda. Terdapat kad dan surat daripada rakan seiman mereka yang ditampalkan pada dinding. 4. Sepasang suami isteri melawat seorang saudari yang sakit di hospital. Isteri itu memegang tangan saudari itu manakala suami pula membawa bakul berisi buah-buahan dan kad.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Yes 66:12,13​—Mengapakah Yehuwa dapat disamakan dengan seorang ibu yang penyayang? (w24.01 27 ¶4)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan

(4 min.) lff 11:Tajuk, 1 (th 10)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Cari cara untuk kongsi secara santai bahawa anda seorang Saksi-Saksi Yehuwa. (lmd 5:3)

5. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Dia mahu bertengkar dengan anda. (lmd 4:5)

6. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Gunakan satu risalah untuk mulakan perbualan. (lmd 1:4)

7. Jelaskan Kepercayaan Anda

(3 min.) Demonstrasi. lff 58:Tajuk, 1-3​—Tema: Bagaimanakah kita patut melayan orang murtad? (th 17)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 116

8. Adakah Saya Akan Rugi?

(15 min.) Perbincangan.

Kolaj: Adegan daripada video “Apakah yang Akan Anda Lakukan ‘demi Berita Baik’?” 1. Saudara Tomohiro Nishimura berkhidmat di Bahagian Penjilidan Buku di Bethel. 2. Saudari Happiness Mabho berkhidmat di pejabat penterjemahan. 3. Rayner dan Keziah Fernando yang berkhidmat sebagai pembantu pembinaan sedang mengalu-alukan seorang saudara di sebuah bangunan Bethel. 4. Saudara George Telan, Jr., berkhidmat bersama saudara lain di Bahagian Kerja Penyebaran. 5. Saudari Ramona Welsch mengadakan pembelajaran Bible.

Adakah anda sedang fikir untuk menceburi khidmat sepenuh masa? Mungkin anda risau anda akan rugi kerana perlu mengorbankan beberapa nikmat hidup jika anda pilih untuk mengutamakan Yehuwa. Atau anda mungkin tertanya, “Kenapa perlu buat banyak jika kita semua akhirnya akan menerima kehidupan kekal pada masa depan?” Jika itu perasaan anda, ingatlah bahawa Yehuwa “tidak akan menahan apa-apa yang baik” daripada umat-Nya yang setia. (Mz 84:​11, 12) Kitalah yang akan rugi jika kita menahan diri daripada memberikan yang terbaik kepada Yehuwa.

Sebenarnya, kita bukan hanya dapat menikmati berkat Yehuwa pada masa depan, tetapi pada masa sekarang juga. Mainkan VIDEO Apakah yang Akan Anda Lakukan “demi Berita Baik”? Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah berkat-berkat yang diraih orang muda dalam video kerana melakukan lebih banyak untuk Yehuwa?

Bagaimana pula jika anda tidak dapat menyertai khidmat sepenuh masa? Yehuwa masih akan memberikan berkat-Nya apabila kita melakukan yang terbaik. Jika anda tidak putus asa, Dia tentu akan “mencurahkan berkat ke atas kamu sehingga kamu tidak kekurangan apa-apa pun.”​—Mal 3:10.

9. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) lfb 88-89

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 153 dan Doa

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2026)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi