18-24 MEI
YESAYA 62-64
Lagu 41 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Tukang Tembikar yang Pengasih dan Berbelas Kasihan
(10 min.)
Walaupun kita terima akibat buruk kerana kesilapan kita, Yehuwa masih berbelas kasihan terhadap kita (Yes 63:9; w24.01 4-5 ¶9)
Yehuwa tidak melindungi kita daripada akibat buruknya tetapi Dia beri kita bantuan yang kita perlukan (w23.08 28-29 ¶8-9)
Kita dapat menjadi tembikar yang bernilai di mata Yehuwa jika kita membenarkan-Nya membentuk kita (Yes 64:8; w13 15/9 20 ¶15-17)
2. Permata Rohani
(10 min.)
Yes 62:7—Bagaimanakah Yesaya menekankan pentingnya untuk terus berdoa? (w22.11 10 ¶7)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan
4. Mulakan Perbualan
(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Cuba cari tahu apa topik yang diminatinya. Kemudian, aturkan untuk buat kunjungan kembali. (lmd 1:5)
5. Buat Kunjungan
(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Perkenalkan dan bincangkan video daripada Bahan Utama untuk Mengajar. (lmd 9:4)
6. Jadikan Murid
(5 min.) lff Bahagian 4 kotak “Adakah Saya Bersedia Menginjil Bersama Sidang?” Bincang bersama pelajar anda tentang matlamat untuk menjadi penyiar yang belum dibaptis. (lmd 12:3)
Lagu 142
7. Bersedia Menghadapi Bencana—Menjangkakan Hal yang Di Luar Jangkaan
(15 min.) Perbincangan. Dikendalikan oleh seorang penatua. Jika terdapat peringatan daripada pejabat cawangan dan badan penatua, sila umumkannya.
Tragedi seperti bencana, atau serangan penjahat dapat menimpa kita bila-bila masa. Bak kata pepatah, “Malang tidak berbau.” (Pkh 9:11) Walaupun kita tinggal di kawasan yang jarang ditimpa bencana alam, adalah bijak untuk menjangkakan hal yang di luar jangkaan. (Ams 22:3) Bagaimanakah anda boleh membuat persediaan?
Semasa di tempat awam, sentiasa peka kepada kawasan sekeliling. Kenal pasti pintu keluar yang terdekat, terutamanya di tempat yang ada banyak orang
Sebagai persiapan untuk bencana alam, pastikan beg kecemasanasudah disediakan dan selalu diperiksa agar lengkap. Pastikan juga bekalan kecemasan tersedia di rumah. Buat pelan kecemasan serta senarai nombor telefon keluarga dan kawan.
Mainkan VIDEO Bersedia Menghadapi Bencana: Menjangkakan Hal yang Di Luar Jangkaan. Kemudian tanya hadirin:
Apakah perasaan saudara saudari pada mulanya tentang membuat persiapan bagi menghadapi bencana?
Apakah langkah-langkah yang mereka ambil untuk bersiap sedia?
Bagaimanakah Yehuwa memberkati usaha mereka untuk membuat persiapan?
Apakah yang mereka belajar daripada pengalaman mereka?
TANYALAH DIRI, “Apakah kaitan antara membuat persiapan untuk menghadapi bencana dengan rasa hormat terhadap Yehuwa?”
MATLAMAT: Semasa di tempat awam pada minggu ini, tanyalah diri, “Di manakah pintu keluar yang terdekat?”
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) lfb 86, pengenalan kepada bahagian 13, 87
Kata-Kata Penutup (3 min.) | dan Doa
a Untuk maklumat lanjut, tonton video “Adakah Anda Bersedia Menghadapi Bencana?”